Sunday, April 05, 2009

Hati Yang Cacat


Di pintu Syurga, berdirilah Malaikat penjaga pintu. Dan datanglah dua org lelaki, seorang tua dan seorang muda. Lalu bertanyalah Malaikat ini kepada orang tua itu.
“Wahai saudara, adakah kamu bersedia?”. Lalu jawab orang tua itu, “Ya, aku bersedia wahai Malaikat yang budiman”.
Lalu Malaikat tersebut pun memeriksa hati orang tua itu, dan terlihatlah betapa kurangnya dan cacat hati itu, ia cuma tinggal secebis. Dengan pandangan yang sungguh sayu, berkatalah Malaikat.
“Sungguh kesian hatimu, ia terlalu tidak sempurna dan ia hanya tinggal sedikit”.
Sedihlah orang tua itu, dia pun tunduk membisu dan berkata.
“Wahai Malaikat yang bijaksana, sesungguhnya hati aku cacat dan tidak sempurna”.
Apabila mendengar jawapan jujur orang tua tersebut, lalu Malaikat pun tersenyum lalu berkata.
“Ia aku tau itu dan dengan kuasa Tuhan, masuklah engkau ke Syurga, di sana Tuhan menunggumu”.
Betapa bahagianya hati orang tua itu, berterima kasihlah dia dan pergi berlalu meninggalkan Malaikat dengan pemuda yang bersamanya tadi.
Maka tibalah giliran pemuda itu untuk diperiksa hatinya. Berdirilah dia di hadapan Malaikat dan penuh bangga dia berkata.
“Wahai Malaikat, periksalah hatiku, engkau akan melihat betapa sempurnanya tanpa satu apa pun yang tertinggal”.
Malaikat pun tersenyum dan memeriksa hati pemuda tadi, tetapi dia memandang dengan pandangan yang sungguh hampa, lalu berkata.
“Wahai saudara, hatimu sungguh sempurna tanpa sedikitpun kurangnya”.
Maka gembiralah pemuda tadi bila mendengar betapa sempurna hati yang dia miliki. Lalu dia pun dengan angkuhnya berkata.
“Jika begitu, izinkan aku masuk wahai Malaikat, di sana kehidupan yang abadi sedang menantiku”.
Malaikat memandang pemuda tadi dengan pandangan yang sungguh sedih, hairanlah pemuda tadi. Lalu Malaikat pun dengan tenang berkata.
“Maaf. Saudara tidak diizinkan masuk kerana hati saudara sungguh sempurna”.
Bertambah hairanlah pemuda tadi dan dengan nada yang agak marah, lalu dia pun bertanya.
“Wahai Malaikat, bukankah hati ku sungguh sempurna, selama aku hidup aku telah menjaga hatiku dengan baik sekali. Jadi apa halangan yang tidak membenarkan aku masuk dan kenapa orang tua tadi engkau benarkan masuk menemui Tuhan?”.
Malaikat pun menjawab.
“Wahai pemuda, selama kamu hidup, pernahkah kamu menjaga hati orang lain? Mereka datang kepada kamu untuk meminta kasihanmu, untuk meminta pertolonganmu, kamu sedikitpun tidak memberi belas kasihan kepada mereka, kamu berkata, hatimu jujur di hadapan semua orang tetapi kamu tidak melakukannya dengan ikhlas. Kamu hanya menjaga perasaan dan hatimu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kamu tidak kenal erti penderitaan perasaan di atas kebaikan. Antara kamu dengan orang tua tadi sungguh berbeza. Dia menolong setiap orang yang memerlukan pertolongan, dengan rendah hati dia menghulurkan bantuan. Hatinya ikhlas sehinggakan dia sanggup memberi sebahagian hatinya untuk orang lain tanpa meminta imbalan”.
Tanpa berkata apa-apa, berdirilah pemuda tadi di hadapan pintu Syurga. Maka masuklah Malaikat dan pintu Syurga pun ditutup.

This is just a make-up story of mine. Nothing to do with the living or the dead. Read it as a pleasure of ur time.

No comments:

Post a Comment

I love, I live, I laugh, I cry. I've wished sometimes that I could die

This is my wish for you:

Comfort on difficult days. Smile when sadness intrudes. Rainbows to follow the clouds. Laughter to kiss your lips. Sunsets to warm your heart. Hugs when spirits sag. Beauty for your eyes to see. Friendship to brighten your being. Faith so that you can believe. Confidence for when you doubt. Courage to know yourself. Patience to accept the truth. Love to complete your life.