Satu hari dia amat marah. Marah yang seperti tidak akan ada hilangnya. Lalu, dia menuding jari dan meletakkan semua kesalahan ke atas bahu aku. Ketika itu, aku rasa terlalu berat!! Dan dia terusan berkata, “Aku tidak sangka kamu perbuat seperti ini, kamu kejam, jahat dan egoist”. Lalu, dia terduduk dan terus melemparkan kesalahan ke atas aku, “Kamu pendusta, tak setia dan kamu tak punya perasaan”.Aku diam, lalu aku pun berkata, di dalam hati ... “Jika kamu rasa aku kejam, aku jahat, aku terima jika itu yang kamu rasakan dapat meleraikan kemarahan kamu. Jika kamu terus mengatakan aku pendusta, aku tak setia atas semua kesalahan yang aku lakukan, secara jujurnya itu adalah tidak adil dan itu juga kehendak kamu. Ya, mungkin aku manusia yang tidak punya perasaan, tapi cuba kamu bilang sama aku...apa patut aku punya perasaan jika selama ini kamu tidak pernah menjaga hati aku? Apa aku patut memikirkan perasaan kamu setelah kamu tidak pernah sedikit pun memikirkan perasaan aku? Apa aku patut mencari kebahagian dalam diri kamu, jika kamu sendiri yang menghilangkan rasa kebahagian itu dalam diri aku? Kamu juga pernah melakukan kesalahan yang sama, malah lebih dari itu telah kamu lakukan sama aku. Aku diam dan aku tidak pernah untuk mengungkit perkara itu jika terjadi sengketa antara kita. Apa selamanya patut aku menahan rasa, jika ia terlalu menekan perasaan aku? Aku tidak pernah berharap supaya kamu menjadi seorang yang sempurna, jadi kamu juga patut mempunyai harapan yang sama seperti aku. Juga terus aku rasakan, itu adalah harapan yang terbaik untuk kita. Jika kamu mengharapkan aku menjadi yang terbaik, menjadi sesempurna di mata kamu, maka kamu salah dan oleh itu aku sememangnya layak dipanggil pendusta. Adakah jika aku mengatakan apa yang aku rasakan, aku adalah seorang yang egoist? Aku sudah penat dengan segalanya, pembohongan kamu, cara kamu melayan aku, kamu tidak jujur sama aku tentang perasaan kamu. Aku juga seperti manusia lain yang ingin dihargai. Dari mula aku kenali kamu sehinggalah aku mengambil keputusan untuk menerima kamu dalam hidup aku, sudah banyak aku maafin kamu dan itu juga terlalu menyakitkan aku. Aku terima kamu dengan keadaan kamu yang sungguh ‘naif’, kamu punya masa silam yang sungguh menyakitkan sehingga aku kira siapa pun tidak akan pernah mudah untuk menerima kamu seperti apa yang telah aku lakukan. Ya, aku terima kamu dengan payah sekali aku bina keyakinan bahawa kamu akan berubah dan mengagumi aku, tetapi aku salah kerna sehingga saat ini, kamu tidak pernah ingin berubah walau hanya untuk satu perkara pun dalam hidup kamu. Aku tidak pernah meminta lebih daripada apa yang kamu ada, aku tidak pernah menginginkan kamu menjadi manusia yang terlalu sempurna untuk didampingi. Apa yang aku inginkan sehingga kini, aku ingin kamu memahami aku. Adakah apa yang aku inginkan terlalu payah untuk kamu terima. Jika apa yang aku lakukan selama ini adalah kejam bagi kamu, ingin aku persoalkan perkara yang sama kepada kamu “Siapa yang kejam?” Jika apa yang telah aku korbankan dan yang akan aku lakukan tidak dapat membuatkan kamu puas, walau sedikit pun dalam hati kamu, aku rela jika satu hari nanti kamu akan pergi meninggalkan aku. Jika itu membahagiakan kamu....aku sanggup menerima segalanya....”...Dan akhirnya begitulah aku.
Kamu pikir aku patung barbie apa!!!
kenapa sampai kaban jadi bgitu...wah pjg juga luahan perasaan kamu ni....hehehe be hapi!!!
ReplyDelete